Komposisi pengundi Parlimen Cameron Highland menunjukkan; Melayu (34%), Cina (30%), India (15%) dan lain2 (Orang Asli – 22%) yang boleh dikatogerikan sebagai kawasan luar bandar.

Walaupun pada asasnya, pengundi Cina majoritinya mengundi PH, namun kemenangan BN di Parlimen Cameron Highland adalah manifestasi kepada 2 perkara penting;

1) kemarahan rakyat di luar bandar terhadap kerajaan PH kerana gagal menunaikan janji dalam manifesto PRU-14, khususnya yang berkaitan dengan bantuan rakyat serta penurunan harga barang serta petrol..

2) kebijaksanaan Dato’ Seri Mohammad Hassan, Timbalan Presiden (yang menjalankan tugas-tugas Presiden) menguruskan;
a. persefahaman di kalangan parti komponen BN
b. persefahaman dan kerjasama UMNO/BN dengan PAS
c. pemilihan calon tempatan yang tepat dan bukan dari rangkaian kroni

Walaubagaimana pun, BN tidak boleh mengambil ringan cabaran di PRK Semenyih kerana senarionya berbeza (bukan kategori luar bandar yang hakiki).

Namun, saya yakin kemenangan BN di parlimen Cameron Highland akan menyuntik semangat kerjasama di kalangan komponen BN di samping mengukuhkan pakatan BN-PAS bagi mengharungi cabaran politik baharu.

DATUK MD JAIS BIN SARDAY
Ketua UMNO Bahagian Kluang, Johor

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here