ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH…

Sebagaimana yang telah sedia maklum bahawa YB DS AHMAD ZAHID HAMIDI selaku PRESIDEN UMNO MALAYSIA dikehendaki melaporkan diri ke Ibu Pejabat SPRM bagi urusan pendakwaan di mahkamah.

Saya mewakili seluruh Kepimpinan dan Ahli UMNO Negeri Selangor dengan ini menyokong penuh dan akan terus berdiri teguh bersama YB DS Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dalam menghadapi tekanan dan musibah ketika ini.

Kami juga berdoa kepada Allah S.W.T agar mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam melalui saat-saat yang menggetirkan ini.

Sehubungan itu , saya menyeru seluruh rakyat, penyokong dan ahli UMNO khususnya ahli UMNO Selangor untuk berdiri teguh dan mendoakan serta mengadakan Solat Hajat memohon pertolongan kepada Allah S.W.T samaada secara berjemaah atau persendirian.

Semoga YB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi akan diadili dgn seadil-adilnya oleh mahkamah tanpa tekanan & campur tangan politik. In Shaa Allah.

Sekian. Wassalam.

YB DATO SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here