KLANG – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mencabar kerajaan baru hari ini untuk melakukan yang lebih baik tanpa menyalahkan kerajaan terdahulu.

“Dalam parlimen saya tanya mereka… sekarang mereka dah dapat peluang, bukan soal menyalahkan kerajaan yang lama…saya kata kalau mereka hebat cuba atasi rekod yang telah dicapai oleh Barisan Nasional (BN)…kita cabar mereka buat yang lebih baik.

“Sepanjang BN memerintah apa yang ada di depan kita hari ini… ada rumah pangsa… ada jalan ke… segala galanya terbukti hasil kerajaan BN. Kita tinggalkan satu kerajaan yang waktu itu simpanan negara yang didakwa mereka hampir bangkrap ialah RM430 bilion.

“Pencapaian kita banyak lagi…tidak perlu lagi menyalahkan BN…sila lakukan yang terbaik untuk rakyat…hapuskan tol…turunkan harga minyak dan sebagainya sepertimana dijanjikan,” katanya semasa berucap dalam Program Pentas Rakyat di Jalan Haji Said, Jalan Kebun, di sini malam tadi.

Katanya, kuasa dan suara rakyat bermula di Sungai Kandis.

“Hari mengundi 4 Ogos ini peluang bagi rakyat menunaikan hak masing-masing dengan memilih Lokman Noor Adam. Kita pilih Lokman bukan kerana suaranya berani…kita pilih Lokman kerana beliau mewakili suara rakyat yang akan berkumandang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,” katanya.

Pada masa sama, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh turut mengajak rakyat supaya berfikir bahawa sistem percukaian SST tidak lagi dilaksanakan kira-kira 150 buah negara di dunia.

Sebaliknya, kebanyakan negara dunia telah melaksanakan sistem GST yang lebih efisien dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Rakyat patut tanya mana janji-janji lain seperti menghapuskan hutang peneroka Felda, mansuhkan hutang PerbadananTabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penurunan harga minyak dan memansuhkan tol.

“Rakyat perlu tolak politik taksub, tetapi tampilkan politik yang penuh kebijksanaan dalam membuat penilaian sewajarnya,” ujar beliau. MediaUMNO

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here