KUALA LUMPUR – Penggiat seni tanah air Ellie Suriaty Omar berkata, rakyat perlu menerima hakikat bahawa artis juga adalah rakyat biasa yang mempunyai hak untuk bersuara dalam isu politik.

Jelas beliau, dirinya tidak kisah sekiranya terus dikecam hanya kerana beliau menunjukkan secara jelas sokongan terhadap mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Rakyat harus bersikap profesional, memang artis itu hak rakyat tetapi artis juga ada hak untuk bersuara sebagai rakyat negara ini.

“Bagi saya, UMNO adalah sebuah parti yang berjaya mentadbir negara dengan baik. Ini tidak boleh dnafikan oleh sesiapa pun. Kerajaan yang ada sekarang ini adalah sebuah kerajaan yang dipilih berdasarkan fitnah maka ia bukanlah sebuah kerajaan yang baik,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Ellie, UMNO dan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan adalah hasil daripada perang fitnah dek kerana rakyat terpedaya dengan janji manifesto pembangkang.

“Saya rasa kerajaan yang baru ini tidak diperlukan rakyat kerana mereka dipilih atas sebab fitnah dan ia melanggar kontrak sosial. Kerajaan yang baik tidak dipilih berdasarkan fitnah semata-mata.

“Saya faham rakyat mengundi pada pilihan raya lepas atas sebab janji manis manifesto tetapi sekarang ini rakyat sudah tertipu dan boleh tidak kita bayangkan apa akan terjadi kepada agama Islam dalam tempoh lima tahun akan datang ini,” ujar beliau. MediaUMNO

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here