KUALA LUMPUR 25 Julai – Pakatan Harapan (PH) bukanlah pilihan terbaik merupakan hujah mengapa undi ahli serta penyokong Pas bukan kepada calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, beberapa petunjuk awal seperti kegagalan mengotakan janji dan mengawal prestasi ekonomi menjadi hujah penolakan terhadap kerajaan PH pada hari ini.

Selain itu, Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Bachok memberitahu, kepemimpinan PH turut mengeluarkan kenyataan mengelirukan sehingga boleh menggugat kerukunan, Perlembagaan dan juga Islam itu sendiri.

“Arahan Pas adalah menolak kerajaan PH. Sikap dan pendirian Pas terhadap PH adalah sama, sama ada sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), iaitu menolak PH.

“Ancaman terhadap kedaulatan agama Islam, keadaan ekonomi dan sektor-sektor lain yang tidak stabil selepas PRU-14 semakin membuktikan benarnya pendirian Pas,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau hari ini. UtusanOnline

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here