KUALA LUMPUR: Rakyat akan hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) jika berlaku kenaikan tarif elektrik, kata Rafizi Ramli.

Naib presiden PKR itu berkata pelarasan harga elektrik bukan domestik, berkuatkuasa semalam, akan mendorong peniaga enggan menurunkan harga walau cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sudah sifar.

Tambahnya, tempoh hingga akhir tahun ini cukup penting untuk meneliti reaksi peniaga dan industri terhadap langkah-langkah menstabilkan harga barang.

“Ia juga akan melunturkan keyakinan rakyat terbanyak kepada kesungguhan dan keikhlasan PH untuk mencari jalan terbaik membantu rakyat terbanyak yang menukar kerajaan persekutuan dengan harapan ia akan mengelakkan kenaikan harga barang yang tidak wajar,” kata Rafizi dalam satu kenyataan.

Bekas ahli parlimen itu menggesa keputusan tersebut dikaji semula bagi mengelak kenaikan tarif “membunuh” kesan baik langkah menurunkan harga — seperti yang dijanjikan PH dalam manifestonya.

Rafizi mencadangkan kenaikan tarif dibuat tahun depan bagi membolehkan kerajaan mengkaji dulu tindak balas peniaga dan industri.

Media sebelum ini melaporkan penggunaan elektrik melebihi 300kWj sebulan akan dikenakan surcaj tambahan sebanyak 1.35 sen/kWj bermula 1 Julai 2018.

Bagi Januari hingga Jun 2018, suruhanjaya itu berkata, harga arang batu meningkat kepada AS$91.66/setan metrik berbanding harga diunjurkan dalam tarif asas, iaitu AS$75/setan metrik.

Kenaikan bagi tempoh 6 bulan pertama 2018 ini merupakan faktor utama menyebabkan kos penjanaan sebenar meningkat sebanyak RM698.19 juta bersamaan 1.35 sen/kWj.

Dalam pada itu, katanya rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWj yang diberikan kepada semua pengguna di Semenanjung Malaysia dalam tempoh enam bulan terdahulu akan ditamatkan mulai 1 Julai ini.

Selaras dengan itu, rebat tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj yang diberikan dalam tempoh terdahulu bagi pengguna elektrik di Sabah dan Labuan turut ditamatkan mulai 1 Julai 2018, kata ST.

Tinjauan mendapati beberapa media tidak menggunakan istilah ‘kenaikan tarif elektrik’ sebaliknya ‘selaras tarif elektrik’ untuk mengelakkan kemarahan rakyat.

PH ketika menjadi pembangkang kerap membidas kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN), jika tarif elekterik dinaikkan.
[17:10, 7/3/2018] fzmd2524: 👍

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here