SHAH ALAM – Datuk Kamaruzzaman Johari mempertahanan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dalam pemilihan jawatankuasa bahagian itu bagi penggal 2018-2021.

Kamaruzzaman memenangi jawatan itu setelah menewaskan pencabarnya, Datuk Sharizan Samdin dengan majoriti 177 undi.

Beliau memperolehi 338 undi manakala Sharizan pula mendapat 161 undi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua bahagian itu, ia dimenangi Mohd Abdul Raof Mokhtar manakala naib ketua dimenangi Kamal Ariffin Kainin.

Mohd Abdul Raof dan Kamal Ariffin masing-masing memperoleh 285 dab 219 undi. – UTUSAN ONLINE

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja 2018-2021
Ketua – Datuk Kamaruzzaman Johari (338 undi)
Timbalan Ketua – Mohd Abdul Raof Mokhtar (285 undi)
Naib Ketua – Kamal Ariffin Kainin (219 undi)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here