Oleh: Junaidy Jaafar

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengumumkan yang beliau akan bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti akan datang.

Menurut beliau, keputusan untuk bertanding jawatan itu dibuat demi kepentingan Umno sebagai sebuah pertubuhan politik nasional yang mendukung hasrat kebangsaan dan menjunjung perpaduan kaum dan keharmonian ras sebagai gelegar dan teras negara.

“Saya yakin akan dapat memimpin Umno untuk meneruskan tradisi tersebut dan saya bercadang untuk mempastikan Umno dapat memaikan peranan sebagai pembangkang setia lagi bertanggungjawab terhadap negara yang sedang mengorak langkah ke persada dunia sebagai negara maju”

“Umno perlu sensitif terhadap realiti politik pasca PRU14 dan akan menyesuaikan diri demi mempastikan Umno akan terus relevan dan Umno dibawah kepimpinan saya kelak akan membuat perubahan penyesuaian jikalau dianggap perlu” ujar beliau kepada pemberita.

Dalam sidang media tersebut, beberapa pemimpin Umno turut hadir, antaranya bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Ghani dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here