Menurut Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah kenyataan tersebut langsung tidak menggunakan akal serta emosi yang kurang bijak.

Ini kerana jelasnya GERAKAN perlu fikir tentang sumbangan kerusi UMNO pada Pilihan Raya Umum lepas berbanding parti itu sendiri.

“Beliau didalam “Denial Sindrom” atau bercakap tidak mengunakan akal tetapi emosi dalam mengeluarkan kenyataan yang kurang bijak itu. Sebelum nak mencadang atau nak keluarkan kenyataan beliau harus mengkaji dan menilai sendiri kekuatan parti Gerakan pada PRU14 yang lalu dimana parti beliau hanya mendapat 1kerusi sahaja.

“Untuk maklumat UMNO berjaya mempertahankan 55 kerusi Parlimen sekali gus pemegang kerusi terbanyak sebuah parti Politik dlm Parlimen.

“Pada Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, sebelum nak buat kenyataan cermin dahulu kedudukan sokongan rakyat pada parti anda dahulu sebelum nak buat cadangan yang nampak kurang bijak,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan
Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim berhubung isu untuk menyingkirkan UMNO dalam Barisan Nasional.

Tambahnya lagi beliau sendiri sedia untuk bertemu dengan Yong Kim bagi menyelesaikan isu yang berbangkit ini sekaligus mencari titik penyatuan, menilai dan memahami apa erti sebenar setiakawan BN.

“Bagi UMNO , parti ini masih berpegang pada konsep Setiakawan dalam parti komponen. Walaupun parti daripada Sarawak mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan kerajaan Pusat dibawah Pakatan, sebagai team player BN, kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang pernah dijalinkan semasa bersama BN.

“Kami yakin suatu hari nant kita akan bersama kembali, kami tahu keputusan dibuat oleh Kerajaan Sarawak atas kepentingan rakyat Sarawak dan BN menghormati keputusan yang dibuat demi kepentingan rakyat,” ujarnya lagi. BNBBC

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here