KUALA TERENGGANU: Kepakaran dan kebolehan Tan Sri Khalid Ibrahim akan dimanfaatkan kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS.

Menteri Besar Terengganu Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Khalid bersetuju menyumbang idea untuk negeri pimpinan PAS itu walaupun tidak menyandang jawatan tersebut secara rasmi.

“Beliau tidak memegang jawatan itu secara rasmi tetapi bersetuju membantu kerana paling penting bukan jawatan, sebaliknya peranan yang dimainkan,” katanya.

Khalid sebelum ini diakui kebolehannya apabila memimpin negeri terkaya di Malaysia, Selangor.

Hasil pengurusan dan pentabirannya, Selangor berjaya mengumpul wang rizab hampir RM4 bilion.

Selangor juga mencatatkan kejayaan dalam semua dasar yang diperkenalkannya contohnya ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’, ‘Selangorku’ dan lain-lain.

Jumlah pelaburan di Selangor juga mencatatkan peningkatan dan tertinggi di negara dibawah kepimpinan Khalid.

“Selain Khalid, kita juga akan bertemu dan mendapatkan pandangan daripada tokoh lain seperti tokoh cendekiawan, ekonomi dan masyarakat.

“Kita percaya kerajaan tidak boleh bergerak dengan sendiri tetapi perlu mendapatkan pandangan dan saranan daripada mereka yang mahir di luar sana,” kata Samsuri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here