Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan terus ‘menjalankan’ tugas-tugas sebagai pemimpin negara apabila menyelar Britain berhubung skandal 1MDB.

Selar Anwar, Britain tidak banyak membantu dalam siasatan skandal 1MDB, biarpun terdapat tuduhan yang mengatakan urusan penipuan dana yang melibatkan entiti milik negara itu turut berlaku di London.

“Saya katakan kepada Britain: anda bercakap tentang ketelusan dan ke arah anti-rasuah, kini adalah masa untuk bertindak. Saya katakan sekarang, benarkan institusi menjalankan siasatan dengan adil dan berikan kerjasama yang diperlukan,” kata Anwar dalam temu bual dengan The Guardian.

Anwar berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke London selepas diundang bekas naib presiden Amerika Syarikat, Al Gore.

Perlu diingatkan, Anwar hanyalah Ketua Umum PKR dan tindakan ‘lebih sudu daripada kuah’ itu hanya menjejaskan hubungan Malaysia-Britain.

Lebih menjengkelkan, sebuah portal melaporkan, jadual Anwar ke London itu amat padat serupa ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri.

Beliau menghadiri beberapa siri mesyuarat kerajaan dan Parlimen UK untuk membincangkan peralihan kuasa baru-baru ini di Malaysia.

Terdahulu, beliau bertemu pakar kesihatan global Profesor Sanjeev Krishna dari Universiti London, St George. Mereka membincangkan kerjasama penyelidikan perubatan dengan Kementerian Kesihatan.

Anwar juga bertemu Datuk Bandar London, Sadiq Khan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here