SHAH ALAM  – Proses pengundian awal yang berlangsung hari ini menyaksikan seramai 21,114 pengundi berdaftar turun menunaikan tanggungjawab mereka di Selangor.

Berdasarkan perangkaan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini, jumlah tersebut mewakili 82.92 peratus daripada keseluruhan pengundi awal yang berdaftar di Selangor iaitu seramai 25,462 orang.

Parlimen Tanjong Karang direkodkan sebagai kawasan yang mempunyai bilangan pengundi awal berdaftar yang paling sedikit dalam 22 kawasan parlimen di negeri ini dengan bilangan 26 pengundi selain mencatatkan peratusan pengundian pada kadar 100 peratus.

Sementara itu, Parlimen Hulu Langat pula mencatatkan bilangan pengundi awal berdaftar paling tinggi di negeri ini dengan bilangan 3,946 orang bagaimanapun peratusan pengundi yang turun mengundi mencatatkan kadar 73.44 peratus dan paling rendah berbanding kawasan parlimen lain.

Sebanyak 68 pusat pengundian awal dibuka di Selangor melibatkan 22 kawasan parlimen yang mana proses pengundian itu mula buka pada pukul 8 pagi ini. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here