KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semakin biadab sejak bersama kem pembangkang apabila tanpa rasa bersalah menyifatkan mereka yang terkorban dalam tragedi Memali sebagai ‘mati katak’.

Di hadapan penyokong pembangkang di Lembah Pantai, malam tadi, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mempersenda mereka yang terkorban dalam tragedi Memali itu.

Serangan Mahathir itu disebabkan PAS yang juga seteru utama bekas Perdana Menteri itu kini dituduh menjalinkan kerjasama bersama UMNO bagi mempertahankan Barisan Nasional (BN).

“Amanat Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) ringkasnya menyuruh orang dia (PAS) menyerang pegawai kerajaan. Sebab itu kerajaan kafir.

“Orang dia kalau mati dalam menentang kerajaan kafir ini akan mati syahid. Sebab itulah di Memali mereka tembak empat orang polis, selepas itu barulah polis tembak balik.

“Mereka juga mati 14 orang bukan mati syahid, tapi mati katak,” katanya yang disambut gelak ketawa penyokong parti itu.

Isu Memali menjadi polemik berterusan yang turut mengaitkan bekas Perdana Menteri itu dengan insiden berkenaan sehingga wujud desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat tragedi hitam itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here