SHAH ALAM – Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memulangkan kenderaan rasmi kerajaan bukan saja dilihat sebagai drama murahan, malah cuba mencuci tangan lebih awal.

Sedangkan beliau masih lagi berperanan sebagai ketua kerajaan negeri meskipun pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah berlaku.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, berkata gimik Azmin itu seperti mengelirukan rakyat dan memperlihatkan kononnya beliau serta EXCO seperti kerajaan yang suci.

“Gimik Azmin Ali dan EXCO Selangor yang menyerahkan kereta rasmi susulan pembubaran DUN dan ‘berakhirnya tugas rasmi’ sebagai Menteri Besar.

“Apa yang menjadi persoalan apabila serahan kereta ini seolah-olah beliau bergegas mahu meninggalkan tanggungjawab.

“Menurut tafsiran undang, beliau masih lagi berperanan sebagai Menteri Besar sementara atau ‘care-taker government’ sehinggalah kerajaan baru dibentuk,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Azmin serta barisan EXCO Selangor memulangkan kembali kereta rasmi kerajaan selepas selesai istiadat pembubaran DUN.

Namun jelas Irmohizam, masih banyak isu membabitkan rakyat yang perlu diambil peduli oleh Azmin dalam tempoh kerajaan sementara.

“Isu bekalan air, SPLASH, saman TNB kerana syarikat air tidak membayar bil elektrik RM72juta, tanah di Ijok masih belum selesai.

“Bagaimana isu kenaikan kos tanah dan cukai harta yang melambung di Selangor?” soalnya lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here