PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di sini, hari ini.

Bagi tujuan itu, SPR telah menetapkan tarikah bagi penamaan calon untuk PRU14 pula ditetapkan pada 28 April.

Manakala tarikh pengundian awal pula telah ditetapkan pada 5 Mei.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen berkuatkuasa Sabtu lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here