PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan secara rasmi pembubaran Parlimen berkuatkuasa 7 April 2018 sekaligus memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Pengumuman khas itu dibuat Perdana Menteri dalam lintas langsung menerusi siaran televisyen TV1 tepat pada pukul 12 tengah hari yang dapat disaksikan semua rakyat di seluruh negara.

Ketika menyampaikan ucapan mengenai pembubaran itu, Najib menegaskan sejak mempimpin kerajaan persekutuan pada 6 Mei 2013, pelbagai kejayaan manis dan pencapaian membanggakan dicapai.

Malah, dalam tempoh itu juga banyak cabaran getir turut dihadapi, namun ianya telah mematangkan kerajaan dalam memberi pekhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Politik bukan sekadar menabur janji, tetapi ia merupakan pelaksanaan kata-kata dan keupayaan mengotakan janji.

“Saya bersyukur aku janji kerajaan pimpinan BN sehingga 28 Februari 2018 telah berjaya ditunaikan 99.5 peratus,” kata Najib.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyatakan telah mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Malahan, beliau turit berharap ketua-ketua kerajaan di setiap negeri turut mendaaptkan perkenan daripada Ketua Negeri masing-masing untuk pembubaran Dun serentak di seluruh negara.

Pembubaran ini menzahirkan komitmen kerajaan BN mempertahankan demokrasi berparlimen bagi membolehkan PRU14 diadakan seperti yang dilaksanakan sejak 1959 mengikut lunas undang-undang. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here