SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu membentangkan kertas putih bagi menjelaskan secara terperinci isu penjualan tanah 880 hektar di mukim Ijok, Kuala Selangor. 

Pembentangan kepada semua ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu perlu dilakukan sekaligus menjawab setiap persoalan yang meragukan di sebalik urusniaga itu termasuklah kewajaran kerajaan negeri menyerahkan semula tanah milik rakyat kepada dua syarikat pemaju.

Menurut Adun Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak, Menteri Besar tidak boleh mengamvil mudah apatah lagi menutup persoalan mengenai penjualan tanah tersebut terutamanya mengenai dakwan ianya dijual kepada  sebuah syarikat berwibawa di bawah harga pasaran semasa.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima, tanah itu difahamkan nilainya RM35 satu kaki persegi namun dibeli oleh syarikat itu ada kadar RM12 kaki persegi.

“Ini bermakna syarikat pemaju dapat untung kira-kira RM2 bilion daripada harga jualan RM1.18 bilion. Sedangkan para 987 peneroka asal hanya mendapat pampasan keseluruhan kira-kira RM300 juta sahaja,” katanya kepada wartawan di sini.

Selain itu, Sulaiman turut menuntut Mohamed Azmin suoaya turut menjelaskan dalam kertas putih berkenan mengenai penyelesaian menang-menang dalam isu tanah tersebut termasuklah penetapan harga RM1.18 bilion.

Penjelasan itu katanya perlu merangkumi penerimaan bayaran lebih RM260 juta oleh pihak ketiga yang tidak mempunyai kaitan dalam pemilikan tanah berkenaan. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here