TANJONG KARANG – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diingatkan supaya tidak berlagak jadi hero dengan mengelirukan pemikiran rakyat kononnya laporan kejadian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan adil.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar sebalikna menempek Azmin yang seolah-olah hanya pandai berkokok sahaja tetapi tidak berani membangitkan perkara itu termasuk membahaskannya dalam Dewan Rakyat.

Sebaliknya, Azmin tegas Noh mempertikaikan pula Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak membenarkan dokumen laporan kajian semula dan syor persempadanan kawasan pilihan raya itu disiarkan kepada umum sehingga ia dibentangkan pada 28 Mac nanti.

“Kenapa nak salahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, sedangkan dia nanti boleh berbahas mengenai dokumen itu dalam Dewan Rakyat. Lain kali datang Dewan Rakyat bila Yang Dipertua mengeluarkan arahan itu semalam.

“Arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat semalam ialah dokumen laporan itu tidak boleh disiarkan kepada umum tetapi boleh dibawa keluar oleh semua Ahli Parlimen. Dokumen laporan itu embargo sehingga ia dibentangkan pada 28 Mac ini,” kata Noh selepas mengadakan walkabout di Sungai Burong hari ini.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dalam satu kenyataan hari ini dilaporkan mempertikaikan arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang tidak membenarkan mana-mana Ahli Parlimen menyiarkan dokumen laporan kajian itu kepada umum sehingga ianya dibentang dalam Dewan Rakyat pada 28 Mac ini.

Menurut Azmin, Yang Dipertua Dewan Rakyat tiada alasan munasabah menahan laporan akhir itu untuk tatapan awam berikutan kononnya ianya mempunyai kesan terhadap hak demokrasi rakyat untuk memilih wakil mereka ke Parlimen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here