SHAH ALAM – Penegasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa wang 104 juta Francs Swiss ( RM430 juta) adalah bukan milik syarikat pelaburan strategik negara itu mahupun kerajaan membuktikan segala tuduhan yang dilemparkan pihak pembangkang adalah berita palsu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata wang tersebut kini dalam pegangan Perbendaharaan Persekutuan Switzerland ekoran penyitaan sebuah kapal mewah.

Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun ‘disorak’ oleh pihak pembangkang seolah-olah ianya ada kaitan dengan 1MDB.

“Berhubung dengan usul yang akan dibahaskan di Majlis Kebangsaan Switzertland, ianya tidak menyebut atau memperincikan tentang 1MDB secara langsung, malah usul yang dibentangkan oleh ahli Parlimen Swiss, Carlo Sommaruga tahun lalu, bertajuk Mengembalikan Dana Rasuah kepada Rakyat Yang Dirompak, ditolak Majlis Persekutuan Switzerland.

“Dakwaan liar seperti ini tidak akan menguntungkan negara kita, bahkan juga turut mengancam ekonomi negara akibat keraguan terhadap para pelabur untuk melabur negara kita. Maka berita atau dakwaan liar sebegini perlulah ditangani secara tuntas dan serius serta serta merta,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Irmohizam berkata kerajaan harus mengaktifkan peranan Majlis Keselamatan Negara di seluruh negara untuk membendung serta membanteras segala perbuatan, tindakan dan penyebaran yang boleh menjejaskan kestabilan dan keamanan serta persepsi dunia kepada Malaysia.

Katanya, sebarang usaha untuk memburukkan Perdana Menteri selaku ketua kerajaan wajar untuk diperkasakan melalui Rang Undang-Undang Akta Berita Palsu di Parlimen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here