SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini gagal dalam tuntutan balasnya terhadap Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir menolak tuntutan balas tersebut dengan kos RM3,000 selepas mendapati tiada kausa tindakan terhadap Puncak Niaga.

Beliau membuat keputusan itu di dalam kamarnya.

Peguam S. H. Ng hadir bagi pihak Mohamed Azmin sementara Puncak Niaga diwakili peguam Lau Mark Chi Ming.

Pada 22 Feb lepas, Akhtar membenarkan permohonan Mohamed Azmin, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor untuk membatalkan saman hampir RM14 bilion yang difailkan Puncak Niaga terhadap mereka selepas mendapati pernyataan tuntutan plaintif (Puncak Niaga) adalah cacat. BERNAMA

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here