SHAH ALAM – Selepas tuntutan serta penjelasan mengenai sekatan peruntukan 13 Adun sejak dua bulan lalu tidak dilayan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pas Selangor hari ini menyerahkan surat rasmi mengenai tindakan Menteri Besar itu untuk pengetahuan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Surat itu difahamkan diserahkan oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Sallehen Mukhyi kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani di Istana Mestika, di sini petang ini.

Menurut Sallehen, surat itu dikemukakan untuk perhatian Sultan Selangor bagi memaklumkan perkara sebenar yang dihadapi pihaknya selepas Azmin dikatakan menyekat peruntukan kepada wakil-wakil rakyat Pas sejak awal tahun ini.

“Kita bukan untuk meminta campur tangan Sultan Selangor tetapi kita mahu memaklumkan kepada baginda mengenai perkara sebenar yang berlaku (sekat peruntukan wakil-wakil rakyat Pas Selangor),” katanya.

Sebelum ini, Pas Selangor membidas tindakan Azmin yang berdolak-dalik daripada memberikan jawapan mengapa peruntukan tahunan wakil-wakil rakyat parti itu disekat sejak Januari tahun ini.

Sebaliknya Azmin sebelum ini memberikan alasan masalah itu berpunca daripada masalah teknikal pengurusan kewangan kerajan negeri tetapi enggan mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil rakyat daripada Pas Selangor.

Malahan Azmin pada Jumaat lalu dilaporkan mengalu-alu Pas Selangor menulis surat kepada Sultan Selangor selain memberitahu bahawa semua orang boleh berbuat demikian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here