SHAH ALAM – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah sebuah agensi yang berjaya mengangkat taraf ekonomi orang Melayu di negara ini melalui pelan pinjaman disediakan kepada peniaga kecil.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata AIM menyediakan pinjaman dengan mengenakan caj munasabah bagi membantu golongan peniaga kecil sederhana (PKS).

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor turut memuji kejayaan AIM kerana berjaya mengangkat usahakan kecil menjadi ahli perniagaan berjaya.

“Daripada usahawan kecil, hari ini ada mereka yang mendapat pinjaman AIM berjaya mencapai pendapatan mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

“Banyak agensi yang ditubuhkan kerajaan bagi membantu orang-orang miskin khususnya B40, pendapatan RM3,000 ke bawah.

“Kita membantu usahawan B40 bukan begitu saja, sebaliknya kita turut memantau perkembangan mereka,” katanya.

Noh berkata demikian pada program Himpunan Usahawan dan Konvensyen Kelab Usahawan Sahabat AIM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here