SHAH ALAM  – Kerajaan Selangor yang dipimpin Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat lemah dan tidak serius dalam mencari penyelesaian krisis bekalan air yang dihadapi rakyat negeri ini serta di kawasan Lembah Klang.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, kerajaan negeri khususnya Azmin diihat hanya gemar menuding jari menyalahkan kerajaan pusat dari masa ke semasa.

 

“Sikap yang ditunjukkan ini amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru hara dikalangan rakyat. Apakah wajar rakyat dijadikan mangsa catuan air sekali lagi di masa akan datang? ,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Irmohizam yang merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menyifatkan tadbir urus kerajaan negeri Selangor yang lemah dan tidak konsisten mengakibatkan ketidakseimbangan pembangunan sehingga gangguan bekalan air mencetuskan kontroversi.

Malahan, lima punca masalah bekalan air di negeri ini telah pun dikenal pasti dan dikongsi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang mana ia satu perkara serius dan seharusnya diberi penekanan yang amat mendalam oleh kerajaan negeri untuk kepentingan masa depan.

Ini kerana kata beliau, pertumbuhan pesat dan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor telah menyebabkan penggunaan perkapita air telah mencecah 209 liter sehari sekaligus membuktikan sumber ini tidak mencukupi bagi setiap isi rumah rakyat ketika ini.

“Margin rizab bekalan air bersih sepatutnya sebanyak 10 hingga 20 peratus, tetapi tidak bagi Selangor. Maka catuan sudah tentu harus dikenakan dan dilakukan sewaktu musim kemarau yang akan datang.

“Bahkan bukan hanya musim kemarau, rakyat Selangor dan Lembah Klang turut berhadapan dengan masalah paip pecah sehingga mengganggu bekalan air mereka,” katanya. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here