SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicabar supaya tampil membahaskan masalah bekalan air di negeri ini termasuk isu penstrukturan industri perkhidmatan air di Parlimen.

Cabaran itu dibuat oleh Noh selepas mendapati tindakan Azmin yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan selain menyalahkan pihak lain di sebalik masalah itu.

“Jangan nak jadi ‘jaguh’ bercakap di luar, kelirukan rakyat. Saya cabar dia (Azmin) bawa isu air dan penstrukturan ini ke Parlimen, berdepan dengan Menteri KeTTHA (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air),” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia di Seksyen 24, di sini.

Selain itu, Noh dalam masa yang sama mempersoalkan tindakan Azmin yang masih belum menyelesaikan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) termasuk mahu membayar RM2.7 bilion kepada syarikat itu.

Menurutnya, isu penstrukturan air Selangor sepatutnya telah selesai semasa pentadbiran negeri di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malahan kerajaan pusat katanya bersedia untuk menampung pinjaman 60 peratus untuk membolehkan kerajaan negeri mengambilalih Splash manakala 40 peratus lagi ditanggung oleh kerajaan negeri.

“pengambilalihan tiga syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga Holdings Berhad, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, dan Konsortium Abbas Sdn Bhd yang kesemuanya berjumlah RM1.6 bilion.

“Namun apa istimewanya SPLASH ini…kerajaan pusat beritahu kalau kerajaan negeri nak bayar RM2.7 bilion, mereka keluarkan 40 peratus dan kita beri pinjaman 60 peratus. Tapi kerajaan negeri tak beri beri keputusan,” kata beliau. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here