SHAH ALAM: Menyalahkan pihak lain bagi menutup kelemahan adalah perkara biasa bagi Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengelirukan rakyat.

 

Terbaru Menteri Besar Selangor itu menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengalih perhatian rakyat terhadap kelemahan tadbir urus membabitkan krisis air di negeri itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata mengaitkan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (SPLASH) berkait gangguan bekalan air di sekitar lembah Klang adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

“Sedangkan SPLASH adalah syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri yang memegang 30 peratus ekuiti syarikat melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad, dan selebihnya adalah apa yang kerajaan persetujui untuk melaksanakan pengambialihan di bawah akta Industri Perkhidmatan Air (4) namun gagal dipersetujui oleh Azmin.

“Kegagalan dalam mencapai persetujuan ini telah menyebabkan rakyat yang menanggung derita yang tidak berkesudahan. Sampai bilakah Menteri Besar Selangor mahu melihat rakyat beramai – ramai berbaris dan mengangkut bekalan air?

“Lebih mengecewakan lagi, manifesto Pakatan Harapan (PH) langsung tidak menjurus ke arah penyelesaian air Selangor. Manifesto mereka tidak relevan dalam menangani kesusahan rakyat, tetapi hanyalah bersifat populis untuk menambat hati pengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Najib menyifatkan krisis air antara lima kelemahan pentadbiran Azmin di negeri itu yang gagal diatasi sehingga kini.

Azmin yang menyangkal dakwaan itu menyifatkan kerajaan negeri pimpinannya tidak harus dipersalahkan dalam krisis berkenaan, sebaliknya meletakkan masalah itu pada kerajaan pusat.

“Keperluan asas rakyat seperti air ini, tidak boleh dipolemikkan sebagai isu politik untuk menyalahkan kerajaan persekutuan. Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor harus segera fokus dalam menyelesaikan isu ini dari melakukan perkara seperti baling batu, sembunyi tangan,” tambah Irmohizam lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here