SHAH ALAM – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu mendabik dada di sebalik slogan ‘peduli rakyat’ apabila lebih dua juta pengguna di negeri berhadapan dengan krisis bekalan air. 

Pengerusi Rejim Ubah Selangor, Jafrizal Mohd Jaafar berkata, krisis itu difahamkan adalah berpunca daripada sikap ego serta politiking kerajaan negeri dalam isu berkepentingan rakyat hanya kerana perbezaan ideologi politik di peringkat pentadbiran di Selangor dengan Persekutuan.

“Inilah saya kata bahawa Menteri Besar itu bukannya peduli rakyat, tetapi abaikan rakyat. Hari ini kira-kira lebih dua juta rakyat di Lembah Klang menghadapi kiris bekalan air dan masalah seumpama itu bukanlah satu perkara baharu di Selangor.

“Saya lihat selama ini kerajaan negeri cuba menyalahkan Kerajaan Persekutuan dalam semua perkara. Sedangkan saya dimaklumkan dalam isu bekalan air ini, kira-kira RM22.3 bilion pelabiran telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan itu di Selangor,” katanya beliau hari ini.

Hari ini, lebih dua juta rakyat di 427 kawasan Lembah Klang berhadapan dengan krisis bekakan air bermuka seawal 8 pagi ini ekoran daripada kerja-kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).

Gangguan bekalan itu dijangka mengambil masa dalam tempoh selewat-lewatnya tiga hari, namun ia tidak diterima baik oleh para pengguna kerana masalah tersebut dilihat berulang kali berlaku tanpa sebarang penyelesaian tuntas dari kerajaan negeri.

Selain itu, Jefrizal yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat itu mahu rakyat menilai perilaku kerajaan negeri sebelum ini yang sengaja melambat-lambatkan proses menyiapkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan menyelesaikan keseluruhan penstrukturan industri perkhidmatan air di Selangor.

Sikap bertangguh dan tidak mengambilkira masalah rakyat itu dalam menyelesaikan usaha itu jelas beliau menyebabkan kehidupan rakyat di Selangor terjejas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here