Utama Nasional LKIM akan perluaskan jualan ikan Q-Fish

LKIM akan perluaskan jualan ikan Q-Fish

49

KUALA SELANGOR – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang menggunapakai pelbagai kaedah dalam memperluaskan pengedaran dan penjualan ikan segar sejuk beku Q’Fish ke seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata langkah itu dibuat berikutan bekalan ikan tersebut mendapat permintaan tinggi daripada rakyat khususnya merekayang tinggal di kawasan bandar.

“Dengan sambutan yang menggalakkan daripada rakyat, kita akan menambah lagi bekalan ikan ini bagi pasaran seluruh negara.



”Selain mewujudkan kiosk jualan Q-Fish, kita juga bercadang meluaskan jualan menerusi pelbagai kaedah lain termasuk di Kedai Rakyat 1 Malaysia, online (dalam talian) dan menggunakan mesin vending yang ditempatkan di stesen LRT (Transit Aliran Ringan),” katanya selepas menghadiri program Jualan Sentuhan Rakyat di pekarangan bangunan UMNO Kuala Selangor di sini, hari ini.



Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor berkata, buat masa ini, jualan ikan itu hanya dibuat di beberapa lokasi terpilih termasuk di pasar tani dan lokasi program Jualan Sentuhan Rakyat.

Irmohizam berkata, dengan memperluaskan lagi penjualan ikan tersebut ia dapat memberi alternatif kepada rakyat dalam mendapatkan bekalan ikan dengan harga berpatutan.



”Tujuh jenis ikan Q’Fish seperti ikan kembung, pelaling, selar yang kita tawarkan ini rasanya setanding ikan segar biasa. Selain tidak menggunakan sebarang bahan pengawet, pembungkusan ikan ini juga dijaga bagi menjamin kualitinya,” katanya. – BERNAMA

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here