SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor terus didesak supaya memberi penjelasan berhubung pembatalan projek Rumah Selangorku seperti mana yang diumumkan Exco kerajaan negeri.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN), Batu Caves, Datuk Rawisandran Narayanan, berkata penjelasan itu penting kerana projek berkenaan membabitkan kepentingan rakyat.

Oleh itu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu perlu bertanggungjawab terhadap perkara itu dan tidak menuding jari kepada pihak lain.

“Pembatalan ini adalah sesuatu yang tidak adil kerana kerajaan negeri sudah umumkan perkara ini sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan dibentangkan dalam bajet.

“Sehingga kini tiada satu pun skim yang diperkenalkan kerajaan negeri di laksanakan dengan sepenuhnya.

“Saya mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan kenapa projek-projek ini dibatalkan ataupun ditangguhkan,” katanya hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor mengumumkan pembatalan sembilan projek Rumah Selangorku yang telah dirancang pembinaannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here