SHAH ALAM: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin antara 10,700 peserta menyertai Larian WUF9 Urban Run 2018 yang berlangsung pagi ini di ibu negata sempena Forum Bandar Sedunia (WUF9) yang merupakan salah satu daripada aktiviti ‘City Event’ sempena persidangan itu.

Pelepasan larian itu telah disempurnakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Haji Omar, bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti berkaitan
perbandaran dan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur selaku tuan rumah WUF9.

Bagi memastikan penganjuran lancar, PERSADA dan Urbanice
Malaysia telah melantik Race Organiser iaitu Maqna Momento Ventures dan Alpha
Runners Club yang akan mewakili PERSADA dan Urbanice Malaysia dalam setiap
urusan yang berkaitan larian.

“Seramai 10,700 orang telah mendaftar sebagai peserta larian. Hampir 300 peserta luar daripada pelbagai negara terutamannya daripada Jepun, United Kingdom, United States, Filipina, Kanada, Kenya dan sebagainya.

“Lebih meriah lagi, KL World Urban Run ini turut disertai oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bagi kategori 10 kilometer,” menurur satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Terdapat tiga kategori larian membabitkan jarak yang dipertandingkan meliputi 15KM, 10KM dan 5KM dengan menawarkan hadiah yang bernilai hampir RM50,000 secara keseluruhan.

Bagi memeriahkan acara larian ini,
penganjur juga menyediakan beberapa aktiviti yang menarik seperti aerial art, cabutan
bertuah, foodtruck oleh Persatuan Usahawan Food Truck Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, persembahan band oleh kumpulan de laughlin dan zafira.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here