SHAH ALAM- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal terhadap sikap kerajaan Selangor yang masih enggan menunjukkan komitmen mereka yang serius dalam membanteras amalan rasuah serta salah guna kuasa dalam pentadbiran di negeri ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad ketika bercakap kepada para wartawan di tapak pasir tani di Seksyen 13, hari ini berkata, sehinga kini kerajaan Selangor yang dipimpin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar itu masih belum menandatangani dan pelafazkan Ikrar Bebas Rasuah bersama suruhanjaya tersebut.

Katanya, berbanding dengan negeri-negeri lain, kesemua kerajaan negeri telah pun melaksanakan IBR yang membuktikan mereka serius membanteras amalam tidak bermoral itu dalam pentadbiran masing-masing.

“Di Pulau Pinang dan Kelantan telah pun tanda tangan IBR. Bagaimanapun, SPRM tidak akan putus asas dan kita harap Selangor supaya memberikan berikan tarikh yang sesuai untuk laksanakan IBR.

“Saya sendiri akan turun menyasksikan IBR ini dilaksanakan oleh kerajaan Selangor. Sepatutnya kerajaan Selangor perlu tunjukkan komitmen mereka, negeri-negeri lain dah buat,” katanya.

Pada masa yang sama, Dzulkifli turut meminta kerajaan Selangor supaya berbuat demikian sebelum PRU14 diadakan. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here