SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sepatutnya mendengar pandangan rakyat khususnya daripada para peminat bolasepak di negeri ini yang mahu pasukan The Red Giants terus beraksi di Stadium Shah Alam dalam saingan Liga Malaysia 2018.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Rauf Ahmad berkata, beliau sebaliknya kecewa dengan tindakan Azmin yang semalam yang menyindir gesaan rakyat negeri ini apabila mengaitkan isu pengunaan stadium itu dengan keadaan bolasepak di Iraq.

“Mengapa Menteri Besar nak bandingkan keadaan bolasepak di Selangor dengan Iraq. Masalahnya di Selangor ini, kita ada padang tetapi beliau yang menjadikannya sebagai isu politik sehingga The Red Giants tak dapat bermain di Stadium Shah Alam.

“Saya malu dengan kenyataan Menteri Besar itu,sepatutnya di kena matang,” katanya.

Azmin semalam mengeluarkan kenyataan sinis di sebalik gesaan pelbagai pihak yang mahukan The Red Giants kekal bermain di Stadium Shah Alam apabila mengatakan di Iraq isu ketiadaan padang bolasepak seolah-olah bukanlah isu besar.

“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat padang pasir”, sindir Azmin selain memberitahu permohonan FAS itu untuk menggunakan stadium itu sedang diteliti oleh Exco Selangor, Amirudin Shari. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here