SUNGAI BULOH – Umno Selangor yakin pucuk kepemimpinan parti itu mempunyai indikator tersendiri dalam menentukan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail, berkata tidak timbul soal kepemimpinan parti di peringkat bahagian perlu memberi ruang kepada pihak lain untuk bertanding dalam PRU.

Sebaliknya menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada pucuk pimpinan parti untul menentukan calon yang layak serta boleh membawa kemenangan kepada parti.

Beliau bagaimana pun menengaskan bahawa pemimpin UMNO bahagian tidak semestinya menjadi calon bagi membawa cabaran BN.

“Kita tak persoalkan sesiapa saja yang diberi mandat oleh kepemimpinan untuk menjadi calon. Apa yang penting untuk pastikan kemenangan BN.

“Soal calon kita serahkan bulat-bulat pada pucuk pimpinan yang pastinya mempunyai idikator bagi menentukan soal calon.

“Seperti yang berlaku dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, tidak semestinya ketua bahagian menjadi calon yang penting layak, mempunyai komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui hari ini.

Zein berkata demikian sebagai mengulas cadangan penganalisis politik supaya pemimpin bahagian memberi laluan kepada muka baharu sekiranya tidak mampu membawa kemenangan kepada parti.

Beliau sebelum itu merasmikan program Jualan Sentuhan Rakyat DUN Paya Jaras di sini, hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here