SEPANG – Hasrat penduduk Dengkil untuk memiliki sebuah Klinik Kesihatan Dengkil yang baharu di Desa Timah Langat diharapkan menjadi kenyataan selepas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mengadakan lawatan kerja di Sepang.

Dr Hilmi yang turut berkesempatan bersama pemimpin setempat melihat sendiri perkhidmatan yang disediakan di Klinik Kesihatan Dengkil dan Klinik Kesihatan Bukit Changgang mengakui memerlukan perhatian lanjut.

Beliau menyifatkan pelbagai perhatian perlu diambil dan mengambil maklum segala isu yang dibangkitkan di kedua-dua klinik berkenaan bagi memberi keselesaan kepada pelanggan.

Katanya, beliau bakal memperhalusi dan memanjangkan pelbagai permohonan kepada bahagian yang terlibatmemandangkan lokasi cadangan klinik baharu itu merupakan tanah milik kementerian kesihatan.

Adun Dengkil, Shahrum Mohd Sharif berkata, selepas menerima lawatan Dr Hilmi, kebanyakan penduduk mengharapkan berita pembinaan klinik baharu itu menjadi kenyataan ekoran lokasi klinik sedia ada tidak dapat menampung jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan dan lokasi juga tidak strategik. SINAR HARIAN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here