SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad dibidas kerana cuba menunding jari kepada orang lain di sebalk kegagalan mereka mendaftarkan gabungan DAP, PKR, PAN dan PPBM sebagai sebuah parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, tuduhan Dr Malhathir itu yang mengatakan usaha phaknya disabotaj adalah tidak bertanggungjawab selain menunjukkan kelemahan dirinya yang tidak mampu menguruskan sebuah parti politik dengan baik.

“Sebagai Pengerusi PH, tidak seharusnya beliau terus membuat dakwaan sebegitu. Tidak perlu tuding jari sebagai alasan, sebaliknya selidik dahulu adakah segala prosedur yang ditetapkan oleh ROS itu telah dipenuhi pihaknya.

“Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan berpengalaman luas dalam bidang politik, Tun Mahathir patutnya lebih arif. Jika Tun Mahathir percaya adanya unsur sabotaj, ini bermakna ada yang tidak senang dengan keputusan dan kepimpinan Dr. sebagai Pengerusi PH,” kata Irmohizam yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam satu kenyataan hari ini.

Selasa lalu, Dr Mahathir dalam satu laporan media mendakwa terdapat usaha pihak tertentu kononnya cuba mengagalkan pendaftaran Harapan dengan ROS.

Dalam masa yang sama, Irmohizam turut menyindir Dr Maharthir supaya tidak membuat tuduhan berkenaan sebaliknya mahu bekas Perdana Menteri itu menyelesaikan aduan yang dihantar lebih 400 ahli PPBM kepada ROS yang mempertikaikan Mesyuarat Agung Bersatu (AGM) yang didakwa tidak sah. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here