HULU LANGAT – Para penghuni perumahan bertingkat di negara ini yang masih belum menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) supaya segera berbuat demikian bagi memastikan setiap permasalahan yang dihadapi mereka dapat diselesaikan secara sistematik dan adil.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, penubuhan JMB itu dianggap penting supaya para penduduk yang tinggal di kediaman jenis berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya jika berlaku sebarang pertikaian.

“JMB ini penting kerana ia merupakan badan yang akan mewakili suara dan dan kepentingan para penduduk selain bertanggungjawab dalam pengurusan kediaman mereka.

“KPKT ada Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang mana dibawanya kita lantik Suruhanjaya Bangunan (COB) yang akan menyelesaikan pertikaian di antara penduduk dan JMB,” katanya.

Noh berkata sedemikian kepada para wartawan semasa mengadakan lawatan turun padang di Pangsapuri Fasa 5, Bandar Teknologi Prima Chempaka, Semenyih yang mengalami kerosakan bumbung sejak tiga tahun lalu.

Dalam lawatan yang sama, beliau turut mengumumkan pihaknya akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan semula bumbung pangsapuri berkenaan termasuklah mengecat semua bangunan kediaman itu yang melibatkan kos kira-kira RM500,000.

Sebelum itu, Noh turut menyalurkan peruntukan kira-kira RM400,000 untuk kerja-kerja pembaikan 20 buah rumah Orang Asli termasuk membaiki kemudahan jalan raya dan balai raya di Kampung Kachau Dalam di sini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here