KUALA LUMPUR – “Dia (Mahathir) kena ingat, dia kuat kerana UMNO. Perlu ingat ketika penubuhan UMNO baharu siapa yang boleh jadi ahli hanya dalam kalangan penyokong-penyokongnya saja,” kata Tan Sri Noh Omar.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu berkata, kekuatan yang dimiliki Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun menerajui negara adalah disebabkan sokongan tidak berbelah bahagi ahli UMNO padanya.

Selain meletakkan orang kuatnya bagi jawatan penting termasuk di peringkat bahagian khususnya ketika UMNO baharu ditubuhkan.

“…Yang menyokong ‘team B’ bila UMNO baharu ditubuhkan mereka tidak dilantik sebagai penaja bahagian…sebagai contoh bahagian Tanjong Karang, bahagian dulu diketuai oleh Allahyarham Datuk Kamarulzaman Ahmad. Seorang yang berpengaruh.

“Tetapi hanya kerana pada masa itu Allahyarham menyokong ‘team B’…maka Allahyarham hendak menjadi ahli UMNO pun tak dapat, jawatan pun hilang, jadi dia melantik orang yang menyokongnya saja.

“Oleh kerana dia lantik orangnya…maka sudah tentu dia kuat, lepas itu orang mereka cukup taat setia dan menghormati pucuk pimpinan apatah lagi Presiden dan Timbalan Presiden ,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini, hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia, Noh berkata bekas Menteri Besar Kedah itu sudah mengikut perangai pembangkang.

Noh berkata, pembangkang seboleh-bolehnya akan cuba menafikan kelebihan dan kehebatan negara apatah lagi jika dihentam kuasa asing.

Katanya, Mukhriz sudah mula tidak pandai berterima kasih dengan kerajaan terhadap apa yang dinikmatinya kini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here