SHAH ALAM- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu mendabik dada kononnya menjalankan tadbir urus yang baik serta membantu rakyat di negeri ini. 

Sebaliknya Menteri Besar Selangor itu menurut Tan Sri Noh Omar dilihat hanya pandai menabur janji-janji manis sehinggakan setiap permasalahan rakyat di negeri ini dilihat terus terbiar tanpa sebarang pembelaan.

Dalam isu penutupan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu, usaha tersebut merupakan inisiatif BN menerusi UMNO Bahagian Shah Alam dalam usaha meringankan beban rakyat Selangor.

“Menteri Besar Selangor dan pemimpin pembangkang lain jangan nak dabik dada kononnya mereka bantu rakyat, sebaliknya banyak masalah di negeri ini tidak dilaksanakan dengan baik.

“Yang susah pada hari ini adalah rakyat kerana sikap Menteri Besar yang suka berpolitik,. Menteri Besar dan pemimpin pembangkang lain hanya pandai bercakap sahaja” katanya ketika berucap dalam majlis kesyukuran sempena penutupan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau malam tadi.

Dalam masa yang sama, Noh yang merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut membidas sikap pembangkang yang tidak tahu malu apabila mengatakan bahawa merekalah berjuang untuk rakyat di sebalik penutupan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Katanya, beliau tidak hairan tindakan pembangkang itu kerana mereka sentiasa memutarbelitkan keadaan setiap kali kejayaan yang dilakukan oleh BN kononnya sebagai usaha mereka.

“Walhal dalam usaha penutupan dua tol ini telah lama dibincang dan diperjuangkan oleh BN dan UMNO Shah Alam. Pembangkang, Menteri Besar Selangor (Azmin), Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid Abdul Samad) dan dua wakil rakyat mereka tak buat apa-apa.

“Tol ini dah lama, masa zaman Tun Dr. Mahathir, dia buat tol. Tetapi apabila Datuk Seri Najib jadi Perdana Menteri, dia berusaha tutup dua tol untuk rakyat Selangor,” kata Noh. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here