KLANG: Barisan Nasional (BN) membuktikan partinya tidak hanya bercakap kosong untuk berkhidmat kepada masyarakat India, kata Ko-ordinator BN Pelabuhan Klang, Datuk Nassaruddin Zin.

Ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Klang, sepanjang 2017 kerajaan BN sudahpun melaksanakan pelbagai program menerusi dana yang diperuntukkan kepada kaum itu.

“Kerajaan BN telah buat program yang cukup terperinci yang kita panggil pelan tindakan untuk masyarakat India.

“Sepanjang 2017, banyak peruntukan dilaksanakan dan pada 2018, Perdana Menteri sudah umum bahawa lebih banyak peruntukan-peruntukan untuk masyarakat India walaupun mereka adalah kaum minoriti di negara ini.

“Golongan ini tidak terpinggir dari arus perdana tidak kira dari segi ekonomi, keushawanan, kebajikan dan lain-lain,” ujarnya ketika ditemui pada program penyampaian penyampaian buku sekolah percuma untuk murid-murid darjah satu, SJKC (T) Jalan Watson, Pelabuhan Klang, pada Sabtu.

Menurut Nassaruddin BN Klang tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama mengagihkan bantuan persekolahan kepada pelajar menjelang sesi persekolah yang bakal dibuka bebrapa hari sahaja lagi.

Beliau berkata, rata-rata ibu bapa yang menerima bantuan persekolahan daripada BN mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pusat kerana begitu prihatin tatkala kos sara hidup amat menyesakkan.

“Tadi guru besar beritahu, ibubapa yang terima bantuan adalah dari kalangan B40 dan sudah tentu mereka amat berterima kasih kepada Frendly BN, yang anjurkan program ini,” katanya.

Beliau menambah program sebegini bukan hanya meringankan beban ibubapa tetapi juga dapat menjalinkan hubungan antara masyarakat India dengan pemimpin BN dengan lebih erat lagi.

Malah pertemuan antara pemimpin BN dan kaum India memberi ruang untuk mereka menjelas serta mematahkan tohmahan-tohmahan yang dibuat pembangkang ke atas kerajaan Pusat.

Nassaruddin bertegas pemimpin BN amat perlu turun padang bersua rakyat bagi menjelaskan fitnah yang dilemparkan pembangkang kepada kerajaan Pusat, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

“Kerajaan BN telah buat program yang cukup terperinci yang kita panggil pelan tindakan untuk masyarakat India.

“Sepanjang 2017, banyak peruntukan dilaksanakan dan pada 2018, Perdana Menteri sudah umum bahawa lebih banyaj peruntukan-peruntukan untuk mesyarakat India walaupun mereka adalah kaum minoriti di negara ini.

“Golongan ini tidak terpinggir dari arus perdana tidak kira dari segi ekonomi, keushawanan, kebajikan dan lain-lain,” ujarnya ketika ditemui pada program penyampaian Penyampaian buku sekolah percuma untuk murid-murid darjah satu, SJKC (T) Jalan Watson, Pelabuhan Klang, pada Sabtu.

Menurut Nassaruddin BN Klang tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama mengagihkan bantuan persekolahan kepada pelajar menjelang sesi persekolah yang bakal dibuka bebrapa hari sahaja lagi.

Beliau berkata, rata-rata ibu bapa yang menerima bantuan persekolahan daripada BN mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pusat kerana begitu prihatin tatkala kos sara hidup amat menyedakkan.

“Tadi guru besar beritahu, ibubapa yang terima bantuan adalah dari kalangan B40 dan sudah tentu mereka amat berterima kasih kepada Frendly BN, yang anjurkan program ini,” katanya.

Beliau menambah program sebegini bukan hanya meringankan beban ibubapa tetapi juga dapat menjalinkan hubungan antara masyarakat India dengan pemimpin BN dengan lebih erat lagi.

Nassarudin bertegas pemimpin BN amat perlu turun padang bersua dengan segenap lapisan masyarakat bagi menjelaskan segala fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang kepada kerajaan persekutuan tambah lagi menjelang Pilihanraya ke 14 akan datang ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here