SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) selama ini dilihat tidak berupaya apatah lagi melaksanakan janji mereka di Selangor untuk memansuhkan kutipan tol. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan sebaliknya berkata, PH dilihat hanya lebih tahu membuat janji-janji kosong selain memfitnah kerajaan pusat dengan memanipulasikan pemikiran rakuat dalam isu berkenaan. 

Sikap pembangkang itu katanya boleh dijelaskan dalam pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasah masing-masing di Shah Alam bermula 1 Januari 2018 apabila usaha itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya daripada PH atau Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Acapkali PH akan memberi ‘harapan’ kepada rakyat Malaysia untuk melaksanakan itu dan ini termasuklah penghapusan tol, pendidikan percuma, rumah mampu milik dan sebagainya.

“Namun hakikatnya di Selangor, sudah dua penggal mereka diberikan mandat, namun tidak ada satu pun janji-janji itu dilaksanakan. Jika ada polisi dan dasar daripada kerajaan pusat yang diterima baik oleh rakyat, PH dikihat cepat-cepat memutarbelirkan kononnya idea itu daripada mereka,” kata Mat Nadzari dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, beliau turut membidas sikap Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail daripada PKR yang seolah-olah tidak tahu malu apabila cuba meraih  sokongan rakyat apabila mengajak orang ramai menghadiri sambutan khas sempena penutupan kutipan tol di kedua-dua plaza tol berkenaan difahamkan pada malam esok.

“Beliau (Rodziah) cuba nak tunjukkan bahawa pemansuhan kutipan tol itu adalah hasil daripada perjuangannya. Sedangkan semua rakyat tahu pengumuman perkara itu dibuat oleh Datuk Seri Najib selepas mengambilkira pandangan daripada UMNO Bahagian Shah Alam.

“Inilah yang dikatakan ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’. Sedangkan kutipan tol yang ada pada hari ini adalah peninggalan dariada Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” kata beliau. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here