Oleh : Wartawan Selangir Post

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Negeri Selangor digesa supaya segera memberikan status tanah bagi tujuan pembinaan jeti dan pusat pendaratan ikan di negeri itu bagi kepentingan nelayan keseluruhannya.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata pihaknya kesal dengan sikap berdolak dalik kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, isu berkenaan adalah perkara serius dan penting bagi menjamin kelangsungan ekonomi nelayan yang bergantung dengan hasil laut.

“Sikap berdolak dalih kerajaan negeri bagi satu tanah pembinaan jeti dan pusat pendaratan ikan di Selangor amat mengecewakan.

“Ini isu serius…jika kerajaan negeri tidak bagi status tanah kepada nelayan dan LKIM, nelayan ini akan hilang tempat bergantung lebih-lebih lagi wujudnya pembangunan yang lebih pesat.

“Saya tidak mahu apa yang berlaku di Pulau Pinang berlaku di Selangor,” katanya selepas program penjualan ikan harga patut LKIM-MBS di sini, hari ini.

Oleh itu demi kepentingan nelayan di Selangor, LKIM berharap kerajaan negeri dapat menyelesaikan segera isu berkenan.

Sementara itu, Irmohizam turut menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) memantau aktiviti penggorekkan pasir di sekitar Kuala Selangor yang bukan saja boleh menjejaslan nelaya, malah boleh merosakkan alam sekitar.

Katanya, terdapat 12 lokasi ‘hot spot’ yang perlu dipantau JAS bagi memastikan ekonomi nelayan tidak terjejas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here