TANJONG KARANG – Kerjasama wanita parti komponen dalam membantu menyemarakkan kerja Jalinan Rakyat (JR) Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang cukup penting bagi mengenal pasti sikap pengundi.

Ketua wanitanya, Datuk Habibah Mohd Yusof menjelaskan, pihaknya tidak berdepan masalah memandangkan kerjasama yang diberikan wanita parti komponen cukup baik.

Menurutnya, tidak timbul isu siapa yang mahu bertanding menjadi calon memandangkan mereka memahami bahawa kerusi bagi Dun Permatang, Sungai Burong bahkan Parlimen Tanjong Karang sendiri milik Umno.

“Jadi, tidak timbul isu bahkan kerjasama cukup baik diberikan bagi membantu menjayakan misi JR untuk pengundi Cina dan India sekali gus mengukuhkan kubu kuat Umno/BN di Tanjong Karang.

“Hasil mesyuarat bersama wanita parti komponen dan induk mengenai bancian sikap, masing-masing melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk semakan terkini pegawai sistem kami.

“Jadi, bancian pengundi tak kira Melayu, Cina dan India dilaksanakan dengan baik untuk penambahbaikan pada masa akan datang,” katanya selepas hadir merasmikan Sukaneka Keluarga sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia di Pusat Komuniti Sungai Tengi Kanan. SINAR HARIAN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here