Oleh :Wartawan Selangor Post

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Zaid Ibrahim sememangnya layak gelar ‘barua’ DAP apabila bertindak biadab mempertikai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata pihaknya cukup kesal dengan kenyataan ahli DAP itu yang jelas menghina Sultan Selangor sebagai Raja berdaulat.

Beliau berkata, kenyataan Zaid itu tidak mempunyai nilai, sebaliknya sekadar untuk mencari publisiti murahan demi mempertahankan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

“Kami melahirkan rasa terguris dan tercabar dengan kenyataan yang dibuat oleh Zaid Ibrahim, kenyataan cukup biadab dan kurang ajar terhadap Sultan Selangor sebagai Sultan yang berdaulat.

“Masuk DAP, jadi baru kepada DAP, buat kenyataan yang menyinggung perasaan dan cuba mencabar duli tuanku, kenyataan yng tidak ada nilai harga diri.

“Kami tidak akan berdiam diri, UMNO Selangor akan terus menjujung duli Tuanku Sultan Selangor dan kami akan mengadakan perhimpunan Daulat Tuanku, rakyat Selangor berdiri teguh bersama Tuanku,” katanya ketika ditemui di PWTC, Rabu.

Zaid sebelum ini mempersoal dan memperlekehkan titah Sultan Selangor yang kecewa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan bugis sebagai lanun.

Sementara itu Noh berkata, Zaid sepatutnya menegur Mahathir dan meminta bekas Perdana Menteri itu memohon maaf kepada Sultan berhubung keceluparan mulutnya.

“Zahid perlu tegur Mahathir dan minta dia mohon maaf, ini sepatutnya Zaid lakukan kalau ada akal, ada otak… suruhlah minta maaf pada Sultan Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here