KUALA LUMPUR  – Rakyat Selangor disaran supaya bangkit dan menolak tindakan biadap ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menyifatkan Zaid sebagai ‘barua’ DAP, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Tan Sri Noh Omar menyatakan tindakan Zaid itu telah menyinggung perasaan majoriti rakyat Selangor yang sentiasa meletakkan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Payung Negeri yang memerintah dengan daulat, adil dan bijaksana.

“Tindakan Zaid menghina Sultan Selangor iaitu sultan kami adalah biadap dan kurang ajar. Dia (Zaid) ini pemimpin yang lapuk, tak ada harga diri.

“Dulu jadi menteri semasa bersama Barisan Nasional, kemudian masuk PKR kejar jawatan. Kemudian masuk pula parti KITA (Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air) dan sekarang masuk DAP dan jadi barua kepada DAP,” katanya kepada wartawan semasa mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Kelmarin, Zaid memuatnaik kenyataan melalui akaun Twitternya menghina Sultan Selangor apabila menyuruh baginda supaya berhati dalam berkata-kata selain memberitahu tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here