KUALA LUMPUR: UMNO Selangor akan berhimpun di hadapan istana Sultan Selangor, Ahad ini bagi membantah kebiadapan ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata tindakan Zaid mengingatkan Sultan Sharafuddin agar berhati-hati dalam berkata-kata begitu keterlaluan.

“Hari ini kerana dia sudah jadi barua kepada DAP, dan Dr Mahathir pula sebagai kuda tunggangan kepada DAP malah sebagai Pengerusi PH. Kerana itu Zaid yang sepatutunya menasihatkan Dr Mahathir untuk meminta maaf namun sebaliknya cuba beri amaran kepada Sultan Selangor.

“Hendak berpolitik, politiklah. Cuma jangan sentuh institusi raja, kerana ia payung kepada kita dan ia berkecuali dari politik,” ujarnya kepada pemberita di sidang medianya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Zaid sebelum itu menulis di laman Twitternya kononnya ‘tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar’, sebaik sahaja Sultan Sharafuddin menyuarakan kebimbangannya terhadap pihak tertentu yang cuba mengeksploitasi isu kaum dan agama yang disifatkan sebagai sensitif.

Noh kemudiannya berkata tindakan Zaid menegur Sultan Selangor tidak mengejutkan berikutan beliau kini adalah ahli DAP.

“Hari ini kerana dia sudah jadi barua kepada DAP, dan Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Pakatan Harapan) pula sebagai kuda tunggangan kepada DAP malah sebagai Pengerusi PH. Kerana itu Zaid yang sepatutunya menasihatkan Dr Mahathir untuk meminta maaf namun sebaliknya cuba beri amaran kepada Sultan Selangor.

“Hendak berpolitik, politiklah. Cuma jangan sentuh institusi raja, kerana ia payung kepada kita dan ia berkecuali dari politik.

“Jangan sesekali hendak beri amaran atau cuba hendak cuit, ugut. Sesiapa yang bertindak sedemikian Umno akan ke hadapan mempertahankan institusi raja-raja,” katanya lagi.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin diwawancara oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris dimana baginda menyatakan kebimbangan terhadap usaha-usaha pihak tertentu menggunakan pelbagai isu berkenaan kaum dan agama dalam cubaan meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya akan datang.

Sultan Sharafuddin juga menegur Dr Mahathir yang menggunakan isu kaum Bugis dalam ucapannya di himpunan pembangkang September lalu, malah menyifatkan bekas perdana menteri itu memiliki rasa rendah diri yang kompleks dan perasaan kebencian mendalam dalam dirinya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here