KUALA LUMPUR, Selebriti kontroversi, Azwan Ali menyifatkan keputusannya untuk membantu Barisan Nasional (BN) menumbangkan kepemimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Selangor sebagai hadiah buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO(PAU) 2017 memberi isyarat jelas akan menjahanamkan kepemimpinan Menteri Besar Selangor itu.

Beliau berkata, keputusan untuk membantu Najib bukan dibuat kerana ‘dedak’ atau habuan, sebaliknya kerana dendam terhadap Azmin yang juga abangnya.

“Itulah hadiah saya untuk Datuk Seri Najib kita #jahanamkanazmin…jangan anggap saya dapat dedak, saya sudah lama dendam dengan dia (Azmin) yang lupa dengan amanah Haji Ali (bapa).

“Kalau kau ingat kau Menteri Besar, kau hebat, mai (mari) aku jatuhkan kau…saya simpan (denda) ini selama lima tahun,” katanya ketika ditemui di PWTC, Rabu.

Azwan hadir ditemani Ketua UMNO bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Sementara itu, Azwan berkata Azmin adalah manusia yang tidak reti mengenang budi selepas memenangi jawatan dengan menggadaikan maruahnya.

“Apa jenis abang kau ini, menang besar jual maruah aku sebagai artis, aku hilang job, dengan RTM gam aku haya keranan aku berdiri dibelakang Azmin di Sungai Pusu.

“Saya tak ada ‘job’ kerana bangkai (Azmin) ini, bila dia menang besar dia tak mesej tak hargai pun aku, saya hilang segala maruah…ini bermula dendam saya pada dia,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here