SHAH ALAM – Mana-mana pemaju yang tetap mahu meneruskan pembinaan rumah berharga lebih RM1 juta dan ke atas boleh memohon kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya, Tan Sri Noh Omar bagaimanapun berkata tidak semua permohonan itu akan diluluskan berikutan kementerinnya akan melihat terlebih dahulu jumlah rumah sedia ada yang masih belum terjual.

“”Pembinaan rumah melebihi RM1 juta kita akan tangani kes demi kes. Pemaju boleh buat permohonan pada KPKT. Kita akan timbang sama ada perlu beri kelulusan atau tidak bergantung pada keadaan rumah sedia ada yang masih belum terjual.

“Kadang-kadang ada pembinaan rumah melebihi RM1 juta terutama dalam kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur yang tanahnya satu kaki sudah cecah ratusan ringgit. Mahu atau tidak mereka terpaksa buat rumah yang melebihi harga RM1 juta seunit,” jelas Noh dalam sidang medianya, hari ini.

Terdahulu pada 17 November lalu, kerajaan membekukan sementara permohonan baru oleh pemaju untuk membina kompleks membeli-belah, bangunan pejabat, pangsapuri servis dan kondominium yang berharga RM1 juta ke atas.

Langkah sebegitu diambil bagi menangani lebihan hartanah perumahan tidak dijual dan juga kenaikan yang tinggi di ruang hartanah komersil yang kosong.

“Kerajaan dapat maklum balas daripada pihak berkepentingan seperti Redha iaitu persatuan pemaju perumahan agar menimbang semula ketetapan itu.

“Oleh sebab itu, Kabinet memutuskan melantik lima menteri untuk menilai serta menimbang maklum balas dari pemaju,” jelas Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Lima menteri itu adalah, Noh, Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

“Kami berlima bincang beku pembinaan pusat membeli belah sebab tawaran melebihi permintaan. Kita juga dapat aduan bila buka pusat beli belah baru dibuka, pusat beli belah baru akan bankrap.

“Pembinaan ruang pejabat pun kita bekukan. Tapi pembinaan rumah lebih RM1 juta terutama dalam kawasan bandar di Kuala Lumpur yang harga tanah satu kaki persegi cecah ratusan ringgit. Jadi mahu atau tidak pemaju perlu bina rumah melebih harg RM1 juta ke atas..itu akan kita pertimbang,” kata Noh.

Untuk rekod, suku pertama 2017 sebanyak 130,690 unit rumah tidak dijual. 83% daripada hartanah ini berharga lebih daripada RM250,000.

Manakala jumlah ruang kosong kompleks membeli-belah adalah sebanyak 30 juta kaki persegi.

“Pada masa yang sama, Kerajaan akan terus memperkenalkan pelbagai langkah untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi menyokong perumahan mampu milik di Malaysia.

“Langkah yang telah diambil termasuk membina lebih banyak perumahan mampu milik, membantu pembeli rumah mendapatkan bantuan pembiayaan melalui pelbagai skim seperti “Rent-to-Own’ (RTO) dan juga beberapa insentif cukai seperti pengecualian cukai setem on pembeli rumah pertama,” katanya menerusi kenyataan media yang turut diedarkan kepada pemberita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here