SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin akan keupayaan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri Selangor berbanding PAS yang kini bersama Gagasan Sejahtera.

Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha, berkata Abdul Khalid tidak meletakkan harapan pada PAS kerana sedar akan kegagalan Exco parti itu di dalam kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kenapa Tan Sri khalid tidak sokong PAS untuk ambil alih kerajaan Selangor ini daripada Pakatan Harapan (PH)? Melainkan kenyataan beliau hanya akan bantu PAS untuk menyatukan ummah ini? Sudah pasti secara realiti yang ada di negeri Selangor ini jelas memperlihatkan PAS bersama Gagasan Sejahteranya masih belum mampu utk berbuat demikian, dari sudut persiapan parti dan persiapan kepimpinannya.

“Tiga Exco PAS yang berada di bawah kepimpinan Azmin pun hari ini tidak dilihat sebagai satu pencapaian yang memberangsangkan. Sebagai contoh, iskandar yang bertanggungjawap kepada hal perumahan ternyata gagal di bawah bidang tugasnya untuk menyelenggara pangsapuri yang diketahui umum. Ketiadaan rumah murah mampu milik oleh rakyat, sebaliknya hanya kelulusan di atas kertas saja.

“Exco Zaidy, masalah penstrukturan aset air selangor yg tak selesai sampai sekarang, malah berhadapan dengan saman RM14 bilion daripada Puncak Holding Sdn Bhd dan Exco Dr Ahmad Yunos, terkulai entah di mana apabila cadangan usul daripada pihak ADUN Permatang untuk tujuan memperkasa Mahkamah Syariah di negeri Selangor telah dua kali tidak diberi ruang sejak Oktober 2016 dan November 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, Norman menyambut baik pendirian Abdul Khalid yang sedia membantu UMNO meskipun beliau masih belum bersedia untuk menjadi ahli parti itu.

Namun, demi rakyat Selangor, beliau sanggup menolong UMNO rakyat negeri itu untuk mengubah pentadbiran yang ada sekarang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here