SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetap mahu mengekalkan PPBM dalam Pakatan Harapan walaupun pelbagai pihak mengandaikan parti itu bakal mengheret gabungan pembangkang itu ke dalam krisis. 

Bercakap kepada pemberita Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor itu mahu PPBM terus berada dalam Pakatan Harapan walaupun gabungan itu berhadapan dengan masalah pendaftaran nama dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Masalah itu disebabkan tindakan PPBM yang gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) seperti mana yang yang termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Malahan, kedudukan PPBM itu turut menjadi tanda tanya apabila akar umbi parti dalam Pakatan Harapan mula membangkitkan kewajaran parti pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berada dalam pakatan pembangkang yang dianggap liabiliti dalam usaha mereka memenangi PRU14.

“Kita akan teruskan kerjasama dengan PPBM. Pembentukan muafakat politik ini bukan ditentukan oleh pandangan daripada individu atau penganalisis,” katanya.

Pelbagai pihak sebelum ini meramalkan masalah dalaman PPBM mula menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Pkr, Dap dan Pan selain menjejaskan prestasi mereka dalam PRU14. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here