SELAT KLANG – Penduduk di Kampung Sungai Sireh Tambahan di sini menuntut  Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelesaikan masalah pemilikan tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang diduduki mereka lebih 40 tahun lalu.

Ketua Penerangan Persatuan Penduduk KTMB (Sungai Sireh), Aladin Sultan Khan berkata, mereka kecewa apabila hanya 84 daripada 114 diberikan borang 5A, manakala 30 lagi nama tercicir.

“Kami dimaklumkan Mohamed Azmin akan turun ke Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 pada Jumaat ini (esok) bagi menyerahkan borang 5A, namun 30 penduduk dikatakan tidak tersenarai,” katanya ketika mengadakan bantahan bersama kira-kira 50 penduduk, di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung KTMB, Mustafa Abd Aziz mengakui terdahulu dia sudah membayar premium tanah dan sudah diberikan borang 5A pada tahun 2012.

“Sehingga kini saya masih dapat borang 5A, adakah kami kena bayar untuk kedua kali?

“Saya minta berilah kepada semua penduduk yang sudah terima borang 5A sebelum ini kerana kami adalah peneroka asal tanah ini lebih 40 tahun lalu,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here