SHAH ALAM – Pasukan Tanjong Karang berjaya membuka peluang untuk terus mara kepusingan seterusnya apabila berjaya menundukkan pasukan Kuantan FA pada saingan Liga Bola Sepak Rakyat 2017/2018, Sabtu lalu.

Perlawanan yang berlangsung di Pahang itu menyaksikan pasukan Tanjong Karang FC mengutip tiga mata penuh apabila menundukkan Kuantan FA dengan jaringan 2-1.

Sekali gus mencerahkan lagi peluang pasukan itu untuk mara ke pusingan seterusnya peringkat kebangsaan.

Pada perlawanan itu pasukan Tanjong Karang FC mendahului perlawanan pada minit 50 hasil jaringan Izhar Ismail, berselang 3 minit selepas itu, Tanjong Karang FC terus gah menambah jaringan dan mendahului 0-2 hasil jaringan Naim Mukhtar.

Pasukan tuan rumah Kuantan FA berjaya mendapatkan gol saguhati pada minit 90 merapatkan jurang 1-2 sehinggalah wisel penamat dan berkesudahan Kuantan FA 1 – 2 Tanjong Karang FC.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Tanjong Karang FC, Hasrul Haffiz, berkata kemenangan itu cukup bermakna buat mereka.

“Syukur Alhamdulillah kami dapat mmbawa tiga mata penting pada prlawanan ini. Sudah semestinya sebelum sepak mula pasukan kami mempunyai sedikit tekanan, hanya kemenangan saja dapat menjamin kami untuk memastikan kedudukan terbaik dalam kumpulan.

“Saya mengucapkan sekalung penghargaan pada semua pemain kerana dapat mengikut segala perancangan dan taktikal yang diberi dalam perlawanan ini. Semangat juang dan disiplin tinggil adalah faktor penting kemenangan pada prlawanan itu,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here